Informasi Teknologi Terkini

Minggu ini menyaksikan beberapa peranti baru diperkenalkan pada peringkat untuk pasaran global dan juga di Malaysia. Pada peringkat global, Xiaomi telah mengumumkan beberapa aksesori baru, termasuk salah satunya adalah Xiaomi Mi Robot Builder – jawapan mereka untuk Lego Technic.

Selain itu, Lenovo telah memperkenalkan Moto M di pasaran China. Di Malaysia, Lenovo telah memperkenalkan beberapa produk dibawah keluarga ThinkPad, selain Samsung yang telah memasarkan Galaxy S7 Edge dengan pilihan warna biru.

Salah satu perkara yang mengejutkan adalah dimana GoPro telah mengumumkan penarikkan kembali dron pertama mereka, disebabkan oleh faktor kehilangan kuasa ketika sedang terbang.

Dalam arena web, YouTube telah memperkenalkan sokongan HDR, dan hadir dengan sebuah aplikasi khusus untuk paparan realiti-maya Daydream.

WhatsApp pada minggu ini telah memperkenalkan sokongan GIF untuk iPhone, selain turut hadir dengan sokongan pengesahan dwi-faktor di Android.

Dan akhir sekali, di Malaysia, Sony telah mula menawarkan konsol PlayStation 4 Pro yang hadir dengan sokongan 4K dan HDR.

Terdapat 1 komen.

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN