Carian
Mingguan Amanz – Snapdragon 835, Acer Swift 7, WhatsApp Video Call
November 20, 2016 Aman

Minggu ini menyaksikan pihak OnePlus mengumumkan kemaskini terbaru untuk telefon pintar yang hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 821, bateri yang lebih besar, serta kamera hadapan 16-megapixel.

Selain itu, minggu ini menyaksikan Acer melancarkan sejumlah produk baru untuk pasaran Malaysia, termasuk Acer Swift 7, dan juga Acer Spin 5. Lenovo turut tidak ketinggalan dan telah mengumumkan komputer untuk permainan video bagi pasaran tempatan iaitu IdeaCentre Y710 Cube.

Xiaomi telah mula menawarkan gelang-tangan pintar terbaru mereka, Mi Band 2 di Malaysia, selain Honor yang kini menyediakan kedai fizikal di Plaza Lowyat.

Dalam arena aplikasi, WhatsApp kini telah mengaktifkan sokongan panggilan video untuk semua pengguna, selain turut menawarkan sokongan lanjutan untuk pengguna BlackBerry sehingga pertengahan 2017 kelak.

Komen