Cari @ Amanz

Seperti setiap minggu, minggu ini kita telah melihat beberapa peranti baru dilancarkan, termasuk salah satunya daripada HTC untuk pasaran global, iaitu HTC 10 Evo. Selain HTC, untuk pasaran Malaysia, pihak Vivo telah melancarkan Vivo V5 dengan fokus terhadap selfie, dan mimilih Siti Nurhaliza sebagai duta produk mereka.

Selain peranti, pada minggu ini, badan yang memantau piawaian kad mikro-SD telah mengumumkan pengenalan piawaian khusus untuk penggunaan mikro-SD bagi tujuan aplikasi – sesuai dengan pengenalan fungsi tersebut pada peranti Android.

Dalam arena aplikasi pula, pada minggu ini pihak Instagram telah memperkenalkan Instagram Live – kebolehan untuk pengguna membuat penstriman video langsung terus pada Instagram, lebih kurang seperti pada Facebook Live.

Dan akhir sekali, turut mencuri tumpuan ramai pada minggu ini adalah pengumuman syarikat dari China yang ingin membeli SkyScanner pada nilai melangkaui RM7 bilion.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd