Mingguan Amanz – Fitbit Pebble, Lenovo Yoga Book, Bot CIMB

Mingguan Amanz – Fitbit Pebble, Lenovo Yoga Book, Bot CIMB

Diterbitkan pada Dis 11, 2016 oleh .

Minggu ini menyaksikan pihak Pebble mengumumkan mereka akan menutup syarikat mereka, selain perisian dan sistem operasi yang dibangunkan oleh Pebble akan diambil-alih oleh Fitbit.

Disamping itu, pada minggu ini Amazon telah memperlihatkan konsep kedai runcit pada masa akan datang dimana pengguna tidak lagi perlu membuat pembayaran pada kaunter, dan hanya boleh berjalan dan mengambil barang yang diingini dari sesuatu kedai.

Di Malaysia, Lenovo telah melancarkan dua produk yang dinantikan ramai, iaitu Lenovo Yoga Book dan juga peranti dengan teknologi Project Tango, Lenovo Phab 2. Selain Lenovo, pihak Oppo telah memperkenalkan peranti Oppo F1s berwarna hitam edisi terhad.

Dalam arena aplikasi, CIMB telah memperkenalkan dua aplikasi baru – iaitu aplikasi CIMB EVA yang menawarkan sokongan perbankan melalui bot, dan juga CIMB Pay yang memudahkan pengguna membuat pembayaran menggunakan peranti mudah-alih.


TIPS & ULASAN