Mingguan Amanz – Pra-CES 2017, Cyanogen Tamat, iFlix Percuma Untuk Unifi

Mingguan Amanz – Pra-CES 2017, Cyanogen Tamat, iFlix Percuma Untuk Unifi

Diterbitkan pada Jan 1, 2017 oleh .

Dengan acara CES 2017 yang bakal berlangsung minggu hadapan, sejumlah syarikat teknologi dilihat telah mula hadir dengan pengumuman produk, selain teaser awal untuk produk baru mereka.

Selain daripada itu, salah satu perkara yang mengejutkan ramai pada minggu lepas adalah pengumuman Cyanogen yang akan menghentikan perkhidmatan mereka, sekaligus memperlihatkan CyanogenMod dijenamakan kepada LineageOS.

Di Malaysia, pihak Samsung telah mula hadir dengan beberapa teaser awal untuk Galaxy A 2017 – selain pada masa yang sama turut mematikan peranti Galaxy Note 7 sepenuhnya. Pihak Oppo Malaysia turut telah hadir dengan teaser untuk oppo R9s yang akan diumumkan pada minggu hadapan.

Untuk peminat permua, pihak Nintendo telah mula membuka pendaftaran minat untuk Super Mario Run di Android. Dan akhir sekali, pihak iFlix telah mengumumkan lanjutan penawaran percuma mereka untuk pelanggan Telekom Malaysia – iaitu pengguna Unifi dan juga Streamyx 4Mbps dan 8Mbps.

TIPS & ULASAN