-
3 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Router WiFi 6, Dan Ini Jawapannya!Feb 24, 2021
-
Siri OPPO Reno5 5G – Bukan Sekadar Kamera, Spesifikasinya Juga MantapFeb 23, 2021
-
Detik Epik Setiap Hari Bersama Siri Samsung Galaxy S21 5G!Jan 19, 2021
-
Mingguan Amanz – HTC 10, Facebook F8, Malaysia Digital Economy CorporationApr 17, 2016
-
#ProjekAmanz – Selarikan Aktiviti Larian Dan Basikal Antara Pelbagai AplikasiDis 1, 2020
-
Telefon Terbaik Di Bawah RM700 (Pertengahan 2018)July 16, 2018
-
Telefon Dengan Skrin Boleh-Lipat Pertama Yang Ditawarkan Secara KomersilMac 6, 2019
Mingguan Amanz – Penyeluk Saku Digital, Naik-Taraf Unifi Percuma, Logo Baru Mozilla
-
-
Seperti kebiasaan, minggu ini menyaksikan pihak Vivo melancarkan telefon pintar terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Vivo V5 Plus yang hadir dengan sokongan dwi-kamera pada bahagian hadapan. Ia dijual pada harga RM1799 di Malaysia.
Xiaomi pada minggu ini telah mengumumkan pengenalan Redmi Note 4 untuk pasaran global, selain mula menjual Redmi 4A di Malaysia pada harga RM449. Beberapa monitor telah diperkenalkan di Malaysia pada minggu ini daripada Acer dan Samsung.
Selain itu, beberapa peranti Android dilihat menerima kemaskini Android Nougat – termasuk antaranya adalah daripada Sony dan Samsung.
Pada minggu ini juga, Telekom Malaysia telah mula menawarkan naik-taraf percuma untuk pengguna UniFi – salah satu perkara yang telah diumumkan oleh kerajaan melalui Belanjawan 2017 lepas.
Dan akhir sekali, salah satu isu yang hangat diperkatakan pada minggu ini adalah berkenaan dengan penyeluk saku digital yang dilaporkan oleh salah satu akhbar harian tempatan. Bank Negara bertindak pantas dan menidakkan laporan berkenaan, serta menekankan yang mana kad Paywave baru adalah lebih selamat berbanding sebelumnya.