Mingguan Amanz – Punca Note 7 Meletup, TV 3D Berakhir, Instagram Live

Mingguan Amanz – Punca Note 7 Meletup, TV 3D Berakhir, Instagram Live

Diterbitkan pada Jan 29, 2017 oleh .

Samsung pada minggu ini secara rasminya telah mengumumkan punca Note 7 terbakar atau meletup, dimana ia adalah disebabkan oleh rekaan bateri yang dikatakan tidak sekata. Selain daripada pengumuman berkenaan, Samsung turut mengesahkan Galaxy S8 tidak akan diperkenalkan pada acara Mobile World Congress.

Pada minggu ini juga menyaksikan Instagram Live diperkenalkan secara rasmi kepada semua pengguna seluruh dunia, membolehkan pengguna membuat siaran langsung terus melalui aplikasi Instagram.

Bagi anda yang meminati perkembangan televisyen, salah satu berita sedih adalah dimana pengeluaran TV 3D dilihat akan berakhir apabila pihak LG dan Sony kini turut akan menghentikannya pada tahun ini.

Sejumlah aplikasi baru telah dikemaskini minggu ini, termasuk WhatsApp yang kini memudahkan pengguna menghantar mesej walaupun ketika diluar-talian. Uber pula pada minggu ini turut telah memperkenalkan perkhidmatan mereka di Kuantan, Pahang.

Dan akhir sekali, sekiranya anda menggunakan komputer keluaran HP, mungkin perlu menyemak untk melihat sama ada anda akan menerima gantian bateri yang dikatakan mudah menjadi panas.

TIPS & ULASAN

<script>