Cari @ Amanz

Mencuri perhatia pada minggu lepas adalah pengumuman laporan prestasi rangkaian daripada SKMM untuk tahun 2016 lepas, Ia menyaksikan pelbagai data baru dikongsikan pihak SKMM, memperlihatkan Maxis menawarakn talian mudah-alih dengan kadar muat-turun tertinggi, selain Streamyx yang kurang mencapai piawaian yang telah ditetapkan oleh SKMM.

Disamping itu, pada minggu ini pihak Razer telah mengambil-alih Nextbit – sekaligus seperti memberikan petanda mereka akan turut menyertai arena telefon pintar.

Sejumlah syarikat teknologi telah mengumumkan laporan kewangan mereka, yang mana memperlihatkan Apple masih menjana hampir 2 per 3 daripada pendapatan daripada jualan iPhone, sementara Facebook pula menghampiri angka pengguna seramai 2 bilion orang.

Minggu ini juga turut menyaksikan pihak Huawei Malaysia telah mula menawarkan kemaskini EMUI 5.0 dengan Android 7.0 Nougat untuk Honor 8 dan juga Huawei P9. Disamping itu, Huawei turut telah memulakan pendaftaran minat untuk ujian beta EMUI 5.0 untuk Honor 5C.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd