Minggu ini menyaksikan pihak Google memperkenalkan Android Wear 2.0 secara rasminya, yang mana membawa pelbagai ciri-ciri baru, termasuk antaranya adalah integrasi lebih banyak info pada muka jam, sokongan Google Play Store, sokongan selular, dan sebagainya. Kemaskini ini bakal ditawarkan kepada pengguna jam sedia ada secara berperingkat dalam minggu-minggu akan datang.

Dalam arena peranti, beberapa gajet baru telah diumumkan pada minggu ini, termasuk Lenovo Yoga A12 yang menawarkan sokongan papan kekunci Halo serta hadir dengan sistem operasi Android. Di Malaysia, HP telah memperkenalkan komputer mereka dengan rekaan seumpama HP Pavilion Wave.

Sony tidak ketinggalan dan telah memperkenalkan Xperia Ear untuk pengguna tempatan yang menyertakan sokongan fon-telinga dengan integrasi pembantu pintar.

Dan untuk minggu hadapan, beberapa peranti baru dijangka diperkenalkan, termasuk antaranya adalah Honor 6X dan juga HTC U Ultra.

TIPS & ULASAN