Mingguan Amanz – Mobile World Congress 2017

Diterbitkan pada Mac 4, 2017 oleh

Minggu ini menyaksikan acara Mobile World Congress 2017 berlangsung, dimana pelbagai pengeluar bersaing dalam memperkenalkan penawaran terbaru mereka dalam arena peranti mudah-alih untuk tahun 2017.

Antara model telefon yang diperkenalkan adalah termasuk LG G6, Blackberry KEYOne, Huawei P10, Huawei P10 Plus, Nokia 3310, Huawei Watch 2, Moto G5, Sony Xperia XZ Premium, Alcatel A5, selain beberapa tablet Galaxy daripada Samsung.

Pihak Samsung turut mengumumkan yang mana mereka bakal melancarkan Galaxy S8 pada 29 Mac 2017 kelak.

Xiaomi turut tidak ketinggalan pada minggu ini dengan mengumumkan cip pemprosesan mereka tersendiri dinamakan Surge, dan menggunakannya pada telefon pintar Xiaomi Mi 5C.

Oppo pada MWC telah mengumumkan sokongan kamera terbaru mereka yang mampu menawarkan zoom sehingga 5 kali tanpa kehilangan kejelasan gambar, selain Meizu yang hadir dengan teknologi pengecasan pantas yang boleh memenuhkan peranti dalam masa kurang 20 minit.

TIPS & ULASAN