Cari @ Amanz

Seminggu selepas MWC, nampaknya pengumuman peranti baru berterusan. Minggu ini, BlackBerry Aurora telah diperkenalkan di Indonesia menjadikan ia sebagai salah satu peranti BlackBerry dengan sokongan dwi-SIM.

Di Malaysia, pihak Huawei telah memperkenalkan Huawei P10 Lite, Huawei P10 dan juga Huawei P10 Plus yang mana akan dijual bermula penghujung bulan ini. Selain Huawei, Xiaomi turut telah mengumumkan Redmi Note 4 untuk pasaran tempatan.

Selain telefon pintar, untuk komputer riba, pihak Dell Malaysia telah mengumumkan Dell XPS 13 2-in-1 untuk pasaran tempatan.

Dalam arena telekomunikasi, pihak Celcom telah mengumumkan pertandingan permua yang menyaksikan hadiah berjumlah RM1 juta, selain Digi pula telah mula menawarkan internet penghujung minggu mereka bukan sahaja untuk rangkaian 4G, tetapi juga 3G dan 2G.

PlayStation pada minggu ini telah menawarkan PlayStation 4 System Update yang menawarkan sejumlah ciri baru, termasuk kemampuan menyimpan data terus ke cakera keras luaran.

Dan akhir sekali, pengguna tempatan dilihat telah mula menerima sokongan Google Assistant melalui telefon pintar Android mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd