Mingguan Amanz – Samsung Galaxy S8, Xperia XZs, Windows 10 Creators Update

Mingguan Amanz – Samsung Galaxy S8, Xperia XZs, Windows 10 Creators Update

Diterbitkan pada Apr 2, 2017 oleh .

Samsung pada minggu ini secara rasminya telah memperkenalkan Samsung Galaxy S8, telefon pintar berkuasa terbaru mereka dan hadir dengan rekaan yang mempunyai bingkai kerangka yang sangat nipis.

Selain daripada spesifikasi tinggi, Galaxy S8 turut hadir dengan sokongan Samsung DeX yang membolehkan telefon pintar digunakan sebagai komputer.

Bersama-sama pengumuman Galaxy S8, pihak Samsung turut mengumumkan Gear 360 – kamera 360-darjah terbaru daripada Samsung dengan sokongan video pada resolusi 4K.

Di Malaysia, Sony telah menawarkan telefon pintar Xperia Xzs terbaru mereka yang hadir dengan sokongan rakaman video gerak perlahan 960fps.

Dalam arena aplikasi, Twitter kini menawarkan perubahan pada kiraan aksara – dimana ia tidak lagi mengambil-kira nama pengguna. Selain itu, Facebook pula telah memperkenalkan sokongan mengumpulkan dana sumbangan terus melalui platform mereka dengan mudah.

Dan akhir sekali, Microsoft telah berkongsi mengatakan Windows 10 Creators Update akan ditawarkan kepada pengguna bermula 11 April melalui kemaskini automatik, dan 5 April melalui kemaskini secara manual.

TIPS & ULASAN