Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan sejumlah peranti baru hadir daripada pelbagai pengeluar seluruh dunia. Di Malaysia sahaja, pihak Meizu telah mengumumkan sekali lagi yang mana mereka memasuki pasaran Malaysia kini secara rasminya, serta memperkenalkan beberapa produk baru mereka.

Selain Meizu, pihak Fitbit pada minggu ini telah mengumumkan gelang tangan pintar memfokuskan kecergasan yang terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Fitbit Alta HR. Canon Malaysia juga telah melancarkan sejumlah kamera untuk pasaran tempatan, termasuk EOS M6, EOS 77D dan EOS 800D.

ZTE Malaysia turut telah mengumumkan pra-tempahan untuk produk dwi-kamera terbaru mereka untuk pasaran tempatan, selain Samsung yang mengumumkan diskaun untuk pembelian siri Galaxy J dengan membuat pertukaran peranti sedia ada.

Dalam arena aplikasi, Facebook mengumumkan pencapaian 1.2 bilion pengguna aktif untuk Facebook Messenger, selain Instagram yang mengumumkan pengenalan lebih mudah untuk pengurusan Instagram Direct.

Pihak Ubuntu juga tidak ketinggalan pada minggu ini, dan telah mengumumkan pengenalan Ubuntu 17.04 Zesty Zapus, menawarkan pelbagai ciri-ciri dan perisian baru bersama-sama dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd