Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan Xiaomi mencuri perhatian pengguna seluruh dunia melalui pengenalan Xiaomi Mi 6. Ia menyertakan pelbagai spesifikasi terkini seperti Snapdragon 835, 6GB RAM, dan dwi-kamera, tetapi pada separuh harga daripada pesaing lain.

Disamping itu, Xiaomi juga telah mengumumkan penawaran Redmi 4X untuk pasaran Malaysia, selain menawarkan Redmi Note 4 dengan 4GB RAM untuk pasaran tempatan.

Selain Xiaomi, di Malaysia, Acer telah melancarkan keluarga komputer riba Chromebook, dimana beberapa pilihan hadir untuk pengguna pelajar dan juga perusahaan.

Menjadi kejutan juga pada minggu ini apabila Blu dari Amerika Syarikat telah memasuki pasaran tempatan secara rasminya, dan melancarkan sebanyak 10 peranti baru untuk pasaran tempatan.

Telekom Malaysia pada minggu ini turut telah memperkenalkan pakej jalur-lebar baru dinamakan Unifi Lite, pada harga bermula RM129 untuk 10MBps.

Facebook pula pada minggu ini telah mengadakan acara Facebook F8 yang mengumumkan beberapa ciri-ciri baru seperti realiti-maya dan AR, termasuk sokongan Instagram Offline.

Dan akhir sekali, bagi peminat permainan StarCraft, anda kini boleh memuat-turun permainan klasik berkenaan secara percuma untuk Windows dan Mac.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd