Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan Microsoft mengadakan sebuah acara khusus memfokuskan pendidikan, dan ketika itu mereka telah melancarkan sistem operasi yang memfokuskan pendidikan, dinamakan sebagai Windows 10 S. Bersama-sama dengannya juga, komputer riba Surface Laptop telah diumumkan.

Selain daripada itu, di Malaysia, Samsung Malaysia telah melancarkan dan mula menjual telefon pintar Galaxy S8 dan Galaxy S8+ bersama-sama dengan pelbagai aksesori.

Vivo V5s turut telah memasuki pasaran tempatan dengan fokus terhadap selfie, selain Oppo yang telah menawarkan Oppo R9s berwarna hitam. HTC turut tidak ketinggalan dan telah menawarkan HTC U Ultra dengan skrin berasaskan nilam.

Selain telefon, GoPro telah mula menjual dron pertama mereka di Malaysia, iaitu GoPro Karma pada harga RM5999.

Pada arena web, YouTube telah hadir dengan rekaaan antaramuka web baru, dimana salah satu perkara menarik adalah penawaran tema berwarna gelap bersama-sama dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd