Mingguan Amanz – Google I/O 2017, Ransomware WannaCry, Predator 21 X

Mingguan Amanz – Google I/O 2017, Ransomware WannaCry, Predator 21 X

Diterbitkan pada Mei 21, 2017 oleh .

Minggu ini menyaksikan Google mengadakan acara tahunan mereka memfokuskan kepada pembangun, iaitu Google I/O 2017. Melaluinya, Google mengumumkan sejumlah perkara, termasuk berkaitan dengan Android O Beta, Google Photos, Google Lens dan fokus Google terhadap penawaran pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan mereka.

Disamping itu, topik berkenaan ransomware WannaCry juga turut mendapat perhatian ramai, dimana ia menyerang komputer berasaskan Windows, dan mengakibatkan pengguna perlu membayar sebelum dapat mengakses fail dan dokumen di komputer mereka.

Di Malaysia, Acer Malaysia telah melancarkan komputer riba terkini mereka memfokuskan permainan, iaitu Predator 21 X. Komputer riba ini membawakan tanda harga yang sangat tinggi, iaitu RM39,999 dan sudah boleh ditempah melalui Acer Malaysia.

Beberapa gajet juga dijangka akan hadir ke pasaran tidak lama lagi, termasuk antaranya adalah Nokia 3,5,6 – dimana ia dijadualkan untuk hadir pada 30 Mei 2017 di Malaysia.


TIPS & ULASAN