Mingguan Amanz – E3 2017, Honor 9, Sony A9

Mingguan Amanz – E3 2017, Honor 9, Sony A9

Diterbitkan pada June 18, 2017 oleh .

Minggu ini menyaksikan acara E3 2017 diadakan di Amerika Syarikat yang memperlihatkan sejumlah pengumuman terbaru dalam arena permainan video. Antaranya adalah termasuk pengenalan Xbox One X yang menawarkan kuasa pemprosesan tinggi serta sokongan 4k. Selain daripada Xbox One X, sejumlah permainan baru diperkenalkan termasuk Forza Motorsport, Minecraft, Metro Exodus, Need For Speed Payback, Assassin’s Creed Origin, FIFA 18, dan pelbagai permainan lain.

Selain daripada permianan, beberapa peranti baru telah diperkenalkan, termasuk Honor 9 yang menawarkan kamera belakang dwi-lensa, siri Galaxy J 2017, dan juga pengenalan Moto E4.

Di Malaysia juga, sejumlah komputer riba daripada Lenovo telah dilancarkan, selain kamera Sony A9 pada harga bermula RM21799, dan juga siri komputer riba Asus Zenbook terbaru.

Dalam arena aplikasi, Instagram telah memperkenalkan sokongan mengarkib gambar, selain Waze yang mengatakan kini Malaysia mempunyai angka pengguna aktif paling ramai di rantau Asia buat masa ini.

Dan akhir sekali, CIMB turut telah memperkenalkan kemaskini kepada aplikasi mereka dengan antaramuka dan beberapa ciri-ciri baru.


TIPS & ULASAN