Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan pihak OnePlus memperkenalkan telefon pintar flagship terbaru mereka, iaitu OnePlus 5. Ia menyertakan sejumlah spesifikasi terkini, termasuk Snapdragon 835, memori sehingga 8GB RAM, ruangan storan sehingga 128GB, dan juga penggunaan dwi-kamera dibelakang.

Selain daripada itu, beberapa peranti baru telah diperkenalkan untuk pengguna tempatan, termasuk peranti daripada Wiko dan juga Nokia 3.

Dalam arena aplikasi, WhatsApp pada minggu ini telah mengumumkan pelanjutan sokongan untuk platform BlackBerry, Nokia S40 dan juga Android versi lama.

Grab dan Uber pada minggu ini terus memperluaskan penawaran ke bandar-bandar baru sekitar Malaysia. Bercakap mengenai penawaran sama, Uber dilihat dilanda kontroversi pada minggu ini, dan menyaksikan CEO Uber meletakkan jawatan pada syarikat berkenaan.

Dan akhir sekali, beberapa aplikasi telah hadir pada minggu ini, termasuk Mengaji.com untuk Android, dan juga pengenalan suara Altimet pada Waze.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd