Mingguan Amanz – Ransomware Petya, Berus Gigi Xiaomi, Canon EOS 6D Mark II

Mingguan Amanz – Ransomware Petya, Berus Gigi Xiaomi, Canon EOS 6D Mark II

Diterbitkan pada July 2, 2017 oleh .

Minggu ini menyaksikan pihak Xiaomi mengadakan acara tahunan memfokuskan kepada Mi Ecosystem, dimana, melaluinya Xiaomi telah memperkenalkan beberapa produk baru. Antaranya adalah termasuk sebuah papan apung pintar, projektor lazer dan juga berus gigi pintar.

Selain Xiaomi, Canon mencuri perhatian dengan memperkenalkan kemaskini kepada Canon 6D sebelum ini melalui Canon EOS 6D Mark II.

Dalam arena web, sejumlah perkhidmatan menerima ciri-ciri baru, termasuk Yahoo! yang memberikan nafas baru kepada perkhidmatan emel Yahoo! Mail. Google juga turut memberikan nafas baru kepada Google News.

Di Malaysia, kerajaan telah mengumumkan yang mana semua Powerbank perlu mendapat kebenaran dan pengesahan daripada Sirim dan KPDNKK bermula tahun hadapan sebelum dijual kepada pengguna.

Dan akhir sekali, salah satu perkara yang mencuri perhatian dalam arena sekuriti adalah tersebarnya ransomware terbaru menyasarkan pengguna Windows dinamakan Petya.


TIPS & ULASAN