Mingguan Amanz – Honor 8 Pro, Windows Phone Tamat, Aplikasi KL2017

Mingguan Amanz – Honor 8 Pro, Windows Phone Tamat, Aplikasi KL2017

Diterbitkan pada July 16, 2017 oleh .

Minggu ini menyaksikan pihak Honor Malaysia melancarkan telefon pintar berspesifikasi tinggi terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Honor 8 Pro. Ia hadir dengan sokongan dwi-kamera, cip berkuasa Kirin 960, memori 6GB RAM, dan ditawarkan pada harga RM1999.

Selain itu, pada peringkat global, LG telah memperkenalkan telefon pintar berspesifikasi pertengahan dinamakan LG Q6 dan hadir dalam tiga variasi dengan spesikasi berbeza, tetapi penawaran skrin 18:9 yang serupa.

Microsoft pada minggu ini turut telah menamatkan sokongan Windows Phone 8.1, sekaligus memberikan kesan kepada majoriti besar pengguna platform berkenaan. Selain daripada Windows Phone, pengeluar Vertu juga pada minggu ini menutup bahagian pengeluaran disebabkan oleh hutang syarikat yang tinggi.

Dalam arena perisian, Ubuntu kini ditawarkan melalui Windows Store, sementara pembangun Fedora pula telah menawarkan Fedora 26. Bercakap mengenai Linux juga, pihak Spotify telah memperkenalkan versi pembangunan untuk Linux.

Beberapa aplikasi turut telah diperkenalkan untuk pasaran tempatan, iaitu KL2017 untuk memudahkan pengguna mengikuti kemaskini Sukan SEA dengan mudah, selain DBKL hadir dengan eDrive untuk memudahkan pengguna mengikuti info lalulintas dengan mudah.


TIPS & ULASAN