Mingguan Amanz – Acer Predator Malaysia, Xperia Touch, Xiaomi Mi 6

Mingguan Amanz – Acer Predator Malaysia, Xperia Touch, Xiaomi Mi 6

Diterbitkan pada Ogos 6, 2017 oleh .

Acer pada minggu lepas telah memperkenalkan sejumlah produk baru memfokuskan para peminat permainan video, termasuk Predator Helios 300 dan juga Nitro 5. Untuk pengguna kasual, komputer riba 2-dalam-1 turut diperkenalkan, iaitu Acer One 10. Lenovo pada peringkat global pula telah mengumumkan Moto G5S dan juga Moto G5S Plus untuk pasaran tempatan.

Samsung pada minggu ini turut tidak ketinggalan dan telah mula menawarkan kemaskini yang menambah ciri DayDream pada Galxy S8 dan S8+.

Sony di Malaysia telah memperkenalkan Xperia Touch, iaitu sebuah projektor yang membolehkan pengguna mengubah permukaan kepada skrin sentuh dengan mudah.

Xiaomi pula telah mula mengambil pra-tempahan untuk dua telefon pintar terbaru mereka di Malaysia, iaitu Mi 6 dan juga Mi Max.

Apple pada minggu ini telah mengumumkan yang mana iPhone telah terjual lebih 1.2 bilion peranti sejak ia dilancarkan pada sedekad lepas.


TIPS & ULASAN