-
vivo Bekerjasama Dengan ZEISS – Hasil Rakaman vivo X60 Pro Yang Lebih BerkualitiApr 15, 2021
-
MyKar – Kereta Elektrik Buatan MalaysiaApr 5, 2021
-
“Chipageddon” – Kenapa Susah Beli PS5; Kenapa Harga Barang Naik?Mac 18, 2021
-
Malaysia Dan Teknologi Sepanjang Tahun 2013Jan 1, 2014
-
Pandang Pertama : Oppo A15Dis 15, 2020
-
Ulasan : Xiaomi Mi Note 10 LiteJun 11, 2020
-
Sejarah Fon KepalaSep 23, 2020
Mingguan Amanz – Asus Zenfone 4, Nokia 8, Tag RFID Pada Tol
-
-
Minggu ini menyaksikan pihak Asus melancarkan keluarga telefon pintar terbaru mereka, iaitu Asus Zenfone 4. Dibawah keluarga Zenfone 4, Asus menawarkan beberapa variasi, termasuk Zenfone 4, Zenfone 4 Pro, Zenfone 4 Selfie Pro, Zenfone 4 Selfie dan juga Zenfone 4 Max Pro.
Selain Asus, pihak HMD Global pada minggu ini telah memperkenalkan Nokia 8, iaitu telefon pintar terbaru berspesifikasi tinggi Nokia dengan menggunakan cip Snapdragon 835 dan lensa Zeiss.
Minggu ini turut menyaksikan Google memperkenalkan Google Allo pada web, sekaligus memudahkan anda mengikuti perbualan pada perkhidmatan permesejan berkenaan dengan mudah pada komputer.
Instagram pada minggu ini telah mula memperkenalkan paparan komen dalam bentuk bebenang bagi memudahkan pengguna mengikuti perbincangan.
Akhir sekali, di Malaysia, penggunaan tag RFID untuk pembayaran tol telah mula diuji, dan dijangka diperkenalkan kepada umum seawal tahun 2018 ini untuk ujian.