Carian
Mingguan Amanz – Xiaomi Mi A1, UberTaxi, Galaxy J7+
September 10, 2017 Aman

Minggu ini menyaksikan Xiaomi memperkenalkan telefon pintar berasaskan Android One mereka, iaitu Xiaomi Mi A1. Ia menawarkan penawaran dan spesifikasi lebih kurang sama seperti Mi 5X, tetapi menggunakan antaramuka asli Android, serta dijangka hadir ke Malaysia pada penghujung September ini.

Selain Xiaomi, sejumlah peranti telah diperkenalkan pada minggu ini, termasuk Lenovo K8 dan K8 Plus, Vivo V7+ dengan skrin Full View, dan Honor V9 Play.

Di Malaysia, Samsung Galaxy J7+ telah ditawarkan di Malaysia pada harga RM1599, sementara Oppo A71 pada harga RM858, dan Xperia L1 pada harga RM799.

Minggu lepas turut menyaksikan Huawei mendahului Apple dari segi angka jumlah peranti, dan kini menduduki tangga kedua, hanya dibelakang Samsung.

Dalam arena web, Twitter telah memperkenalkan mod tema gelap untuk pengguna desktop, selain Uber telah mengumumkan penawaran UberTaxi di Malaysia secara rasminya.

Komen