Mingguan Amanz – Apple iPhone X, Xiaomi Mi Mix 2, webe Unifi

Mingguan Amanz – Apple iPhone X, Xiaomi Mi Mix 2, webe Unifi

Diterbitkan pada Sep 17, 2017 oleh .

Minggu ini menyaksikan pelancaran peranti baru daripada Apple. Mencuri perhatian ramai adalah pengenalan iPhone X yang hadir dengan rekaan bingkai nipis, tidak lagi menyertakan Touch ID, serta sokongan pengecasan tanpa-wayar. Bersama-sama pengenalan iPhone X, pihak Apple turut memperkenalkan iPhone 8 dan juga iPhone 8 Plus.

Apple turut memperkenalkan Apple Watch dengan sokongan selular, selain Apple TV dengan sokongan 4K.

Xiaomi turut tidak ketinggalan dan telah memperkenalkan Mi Mix 2 dengan rekaan bingkai nipis, serta Mi Note 3 dengan menawarkan skrin bersaiz besar.

Di Malaysia, Sony telah melancarkan Xperia XZ1 dengan cip pemprosesan berkuasa pada harga RM2999. Selain Xperia XZ1, Sony turut telah melancarkan Xperia XA1 Plus untuk pasaran tempatan.

Dalam arena telekomunikasi pula, pihak Telekom Malaysia kini telah mengumumkan yang mana mereka telah menjenamakna semula nama rangkaian webe kepada Unifi dan telah mula diaktifkan sejak penghujung minggu ini kepada semua pelanggan webe seluruh negara.


TIPS & ULASAN