Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan pihak Huawei memperkenalkan telefon pintar dengan 4 kamera, selain menyertakan rekaan peranti nirbingkai, iaitu Huawei Nova 2i. Selain Huawei, Vivo Malaysia turut memperkenalkan telefon pintar dengan rekaan nirbingkai serta kamera selfie 24-mp di Malaysia iaitu Vivo V7+.

Selain telefon pintar, minggu ini menyaksikan pihak Intel mengumumkan cip Intel Core generasi ke-8 untuk desktop, selain GoPro pula telah mengumumkan GoPro Hero 6 Black untuk pasaran tempatan.

Dalam arena aplikasi, pihak Twitter pula telah mula memperkenalkan sokongan sehingga 280 aksara, menjadikan ia sekali ganda berbanding sebelum ini. Microsoft pula telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan Office 2019 pada pertengahan kedua 2018 kelak.

Dan akhir sekali, Maxis pada minggu ini telah memperkenalkan ookyo, sebuah perkhidmatan prabayar baru dengan konsep memfokuskan pengguna digital.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd