Mingguan Amanz – Intel Radeon, Moto G5S Plus, Twitter 280 Aksara

Mingguan Amanz – Intel Radeon, Moto G5S Plus, Twitter 280 Aksara

Diterbitkan pada November 12, 2017 oleh .

Lenovo Mobile Malaysia kini telah melancarkan dua telefon pintar baru untuk pasaran tempatan, iaitu Moto G5S Plus pada harga RM999, selain Moto X4 yang hadir dengan sokongan kalis air pada harga RM1899.

Selain Lenovo, pihak Huawei telah pun mengumumkan yang mana mereka akan mula menjual Huawei Mate 10 Pro di Malaysia pada 24 November pada harga RM3099.

Dengan keadaan banjir di Pulau Pinang, Samsung dan Uber mengumumkan inisiatif masing-masing dalam memudahkan pengguna mereka di kawasan yang terjejas dengan banjir.

Western Digital turut telah mengumumkan kad mikro-SD bersaiz 400GB pada harga RM1499, iaitu salah satu kad mikro-SD dengan storan paling besar di dunia.

Intel dan AMD membuat kejutan pada minggu ini apabila mereka mengumumkan kerjasama dan cip Intel Core bakal diintegrasikan dengan sokongan grafik Radeon – dan dijangka hadir pada komputer riba baru pada 2018 kelak.

Dan akhir sekali, Twitter kini meningkatkan had kepada 280 aksara, sekaligus membolehkan anda berkongsi lebih banyak perkara dalam sesuatu Tweet.


TIPS & ULASAN