Mingguan Amanz – Honor V10, Google Datally, Lazada Kereta

Mingguan Amanz – Honor V10, Google Datally, Lazada Kereta

Diterbitkan pada Dis 3, 2017 oleh .

Minggu ini memperlihatkan Honor melancarkan telefon pintar berkuasa tinggi mereka untuk 2017, iaitu Honor V10. Selain Honor, pihak Oppo telah memperkenalkan Oppo A79 di China, sementara mengumumkan Oppo F5 Youth untuk pasaran tempatan.

Salah satu isu hangat yang turut diperkatakan adalah masalah pepijat pada macOS yang memberikan akses terus kepada tetapan pentadbir tanpa kata laluan. Lazada turut tidak ketinggalan dan telah memperlihatkan penawaran kereta melalui laman e-dagang.

Dalam arena aplikasi, Waze telah mengumumkan sokongan laluan yang dioptimasikan untuk motosikal. Google pula telah memperkenalkan aplikasi penjimatan data yang dinamakan Datally.

Dan akhir sekali, kerajaan Arab Saudi mengharamkan pengambilan selfie di Masjadil Haram dan Al-Nabawi.


TIPS & ULASAN