Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan sejumlah peranti baru diumumkan untuk pasaran tempatan, termasuk antaranya adalah Asus Zenfone Max Plus M1, Lenoov K8 Note, Apple iMac Pro, OnePlus 5T, Honor V7, Meizu M6, HP Spectre 13 dan beberapa yang lain.

Selain itu, arena dompet digital terus berkembang pesat di Malaysia – dan terkini Maybank turut telah memperkenalkan sokongan yang dinamakan Maybank QR Pay.

Dan akhir sekali, dalam arena e-sukan, Majlis Sukan Negara kini dalam usaha menubuhkan unit khusus dalam persediaan untuk menyertai Sukan Asia 2022 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd