Mingguan Amanz – iPhone Bateri, WattUp, Oppo F5 Fattah Amin

Mingguan Amanz – iPhone Bateri, WattUp, Oppo F5 Fattah Amin

Diterbitkan pada Dis 31, 2017 oleh .

Minggu ini menyaksikan Apple memohon maaf kerana tidak berterus terang berkenaan isu memperlahankan prestasi bateri, dan pada masa yang sama menawarkan diskaun untuk gantian bateri iPhone 6 dan terkini.

Sejumlah peranti dilihat akan hadir ke pasaran tempatan pada Januari ini, termasuk Oppo F5 Edisi Fattah Amin, HTC U11+ dan pelbagai yang lain. Disamping itu, peranti-peranti sedia ada turut menerima kemaskini sistem operasi, termasuk OnePlus 5 dan juga Mi A1.

Dalam arena teknologi pengesacan tanpa-wayar, WattUp dilihat terus mengorak langkah dalam membolehkan sokongan pengecasan peranti pada jarak jauh.

Dan akhir sekali, Webe dilihat akan menamatkan pendaftaran Webe Mobile dan Webe Broadband pada 12 Januari 2018 kelak.


TIPS & ULASAN