Cari @ Amanz

Minggu ini, masalah sekuriti Meltdown & Spectre yang memberi kesan kepada majoriti besar komputer dan peranti mudah-alih menjadi perhatian ramai, dan pelbagai pengeluar komputer dan sistem operasi mula menawarkan kemaskini untuk masalah sekuriti ini.

Pada masa yang sama, pengedar rasmi Apple turut telah mulakan program gantian semula bateri iPhone SE, iPhone 6 dan terkini pada harga RM129.

Beberapa peranti baru turut telah diumumkan untuk pasaran tempatan, termasuk Oppo F5 Edisi Fattah Amin dan juga Honor View 10. Kemaskini Android Oreo juga mula ditawarkan untuk beberapa peranti, termasuk Zenfone 4 dan juga Mi A1.

Dalam arena aplikasi, Telegram kini menawarkan sokongan multi-akaun untuk pengguna Android, selain Instagram yang kini menguji ciri perkongsian Stories terus ke WhatsApp Status.

Dan akhir sekali, Malaysia Cyber Games dilihat akan berlangsung pada 13 dan 14 Januari ini di Kuala Lumpur.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd