Mingguan Amanz – Galaxy A8 (2018), Xperia XA2 Ultra, Surface Book 2

Diterbitkan pada Jan 21, 2018 oleh .

Sejumlah peranti baru telah diumumkan untuk pasaran tempatan pada minggu ini, termasuk antaranya adalah Samsung Galaxy A8 (2018) dan Galaxy A8+ (2018) pada harga bermula RM1799, Sony Xperia XA2 Ultra, Surface Book 2, Guess Connect Smarwatch, dan sebagainya.

Dalam arena aplikasi, WhatsApp telah memperkenalkan WhatsApp Business dibeberapa buah negara yang memudahkan perniagaan menggunakan aplikasi berkenaan untuk berinteraksi dengan pelanggan. Selain itu, Instagram turut dilihat menguji ciri menghantar notifikasi untuk rakaman skrin yang dilakukan pada Instagram Stories.

Minggu ini juga menyaksikan Telekom Malaysia dan TNB mengumumkan kerjasama untuk memacu pembangunan jalur lebar di Malaysia.

komen

© Amanz / 2021 Kami