Mingguan Amanz – Unifi Mobile, Galaxy S9 Akan Datang, Maybank QRPay

Diterbitkan pada Jan 28, 2018 oleh .

Minggu ini menyaksikan Telekom Malaysia akhirnya memperkenalkan perkhidmatan mudah-alih terbaru mereka secara rasminya, iaitu Unifi Mobile.

Selain itu, sejumlah peranti baru turut telah dilancarkan, termasuk Vivo X20Plus UD yang hadir dengan sokongan pengimbas cap jari terbina pada skrin sentuh, DJI pula dengan DJI Mavic Air yang bersaiz kompak, dan Acer Switft 5 yang hadir dengan rekaan nipis dan mudah dibawah ke mana-mana.

Samsung juga turut membuat kejutan pada minggu ini, dan memperlihatkan Galaxy S9 bakal dilancarkan secara rasminya pada penghujung Februari 2018 kelak.

Dalam arena perisian, Adobe telah mengintegrasikan kecerdasan buatan pada Photoshop, sementara Telegram hadir dengan Telegram X untuk Android. Wine turut menerima kemaskini dan menyertakan sejumlah ciri baru melalui Wine 3.0.

Dan akhir sekali, Maybank turut telah melancarkan Maybank QR Pay untuk memudahkan penerimaan bayaran oleh para penjual di Malaysia.

komen

© Amanz / 2021 Kami