Minggu ini menyaksikan Xiaomi menawarkan beberapa produk baru untuk pasaran tempatan, termasuk Redmi 5 dengan 2GB RAM pada harga RM499. Selain daripada itu, Xiaomi turut menawarkan sejumlah aksesori baru untuk pasaran tempatan.
Bercakap mengenai telefon pintar, Honor kini menyasarkan pengenalan Honor 9 Lite untuk pasaran tempatan pada awal bulan Mac.
Intel pula kini telah mengumumkan yang mana sejumlah komputer riba akan hadir ke pasaran dengan dilengkapi sokongan rangkaian 5G secara terbina.
Dan akhir sekali, AirAsia kini mengumumkan penawaran WiFi percuma dalam penerbangan, tetapi terhad 2MB sahaja – sekaligus dilihat lebih memfokuskan sokongan permesejan dan sebagainya melaluinya.