Mingguan Amanz – Android P Dev Preview, Huawei P20 Tertiris, TV Analog Dilanjutkan

Diterbitkan pada Mac 11, 2018 oleh .

Minggu ini menyaksikan beberapa peranti diumumkan untuk pasaran tempatan, termasuk Wiko Tommy3, Xiaomi Mi Electric Scooter, periuk nasi Xiaomi, dan beberapa yang lain. Microsoft turut telah mula menawarkan diskaun 10% untuk pelajar yang membeli produk Surface.

Disamping itu, Google telah memperkenalkan Android P Dev Preview untuk para pembangun, dan ia dijangka dilancarkan dalam bentuk versi akhir sekitar September kelak.

Huawei Malaysia kini dalam perancangan untuk memperkenalkan Nova 2 Lite. Selain itu, gambar peranti Huawei P20 turut tertiris memperlihatkan penggunaan takuk dan tiga kamera pada bahagian belakang.

Dan akhir sekali, SKMM memperlanjutkan penawaran siaran TV analog memandangkan siaran TV digital masih belum diterima di seluruh Malaysia.

komen

© Amanz / 2021 Kami