-
Detik Epik Setiap Hari Bersama Siri Samsung Galaxy S21 5G!Jan 19, 2021
-
AMA : Gajet Apa Paling Tak Suka Tahun 2020?Jan 15, 2021
-
Apakah Permainan Video Menarik Pada 2020?Jan 14, 2021
-
Pandang Pertama : Huawei MateBook D15Jan 16, 2020
-
Ulasan : Huawei P20Apr 14, 2018
-
Tips Facebook Yang Mungkin Tidak Digunakan AndaJun 29, 2017
-
Mingguan Amanz – Punca Note 7 Meletup, TV 3D Berakhir, Instagram LiveJan 29, 2017
Mingguan Amanz – Sony Xperia XZ2 Malaysia, Aplikasi Touch n Go, Skandal Data Facebook
-
-
Minggu ini menyaksikan telefon pintar Sony Xperia XZ2 dan juga Xperia XZ2 Compact dilancarkan secara rasminya di Malaysia. Selain daripada itu, HTC turut telah mengumumkan HTC Desire 12 dan mengatakan ia bakal hadir ke pasaran tempatan seawal April kelak. Vivo V9 dengan rekaan skrin bertakuk dan kamera hadapan 24-megapixel turut telah diumumkan secara rasmi, dan bakal dilancarkan di Malaysia pada minggu hadapan.
Huawei turut tidak ketinggalan, dan telah memperkenalkan Huawei Nova 3e di China, dan dijangka akan hadir ke pasaran tempatan.
Minggu ini turut memperlihatkan pelbagai pihak bercakap mengenai skandal data Facebook yang memperlihatkan pihak ketiga mengakses data pengguna Facebook untuk beberapa tujuan. Facebook telah mengeluarkan kenyataan rasmi, dan mengatakan mereka akan mengehadkan lagi akses data oleh aplikasi pihak ketiga.
Dalam arena e-dagang, Alibaba kini telah melabur tambahan $2 bilion kedalam Lazada, sementara Lelong telah melancarkan semula Lmall. Dan akhir sekali, Touch n Go telah melancarkan aplikasi untuk Android dan iPhone – sekaligus akan beroperasi sebagai dompet digital untuk transaksi nirtunai.