Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan Intel memperkenalkan cip pemprosesan Intel Coffee Lake-H bersama-sama cip Intel Core i9 untuk komputer riba. Bersama-sama pengenalan cip pemprosesan terbaru ini, sejumlah komputer riba baru turut diperkenalkan daripada MSI, Acer, Dell dan sebagainya.

Di Malaysia, Huawei telah mula menjual Huawei P20 dan Huawei P20 Pro untuk pasaran tempatan, dimana ia hadir dengan sehingga tri-kamera, dan ditawarkan pada harga bermula RM2599.

Kamera terbaru Sony, iaitu Sony A7 III turut telah dilancarkan untuk pasaran tempatan, ditujukan kepada peminat kamera profesional. Oppo pada minggu ini turut menghentikan penghasilan produk audio dan juga pemain blu-ray.

Minggu ini turut menyaksikan pihak Cloudflare melancarkan perkhidmatan DNS 1.1.1.1 yang menjanjikan akses lebih pantas, dan memfokuskan kepada privasi.

Telekom Malaysia pada minggu ini telah melancarkan Unifi Wireless Broadband pada harga RM79 sebulan, dan hadir dengan data sebanyak 60GB.

Dan akhir sekali, minggu menyaksikan pihak PUBG memfailkan saman ke atas pembangun permainan ROS dan Knives Out.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd