Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan pelancaran OnePlus 6 secara rasminya yang hadir dengan rekaan kerangka kaca, skrin bertakuk dan juga spesifikasi tinggi. Selain OnePlus, pihak Nokia turut memperkenalkan peranti dengan skrin bertakuk mereka, iaitu Nokia X6.

Di Malaysia, Huawei telah mula menawarkan Huawei Mate RS pada harga RM6999 yang hadir dengan pengimbas cap jari pada skrin. Selain daripada itu, Huawei turut mengumumkan penawaran Nova 3e bermula 25 Mei ini pada harga RM1399. Asus turut mengumumkan akan mula menawarkan Asus Zenfone Max Pro M1 bersama-sama Zenfone 5 pada penghujung bulan ini.

Kerajaan pada minggu ini telah mengumumkan perubahan GST kepada kadar sifar – sekaligus membuatkan beberapa penjual peranti hadir dengan promosi diskaun dan rebat 6% untuk pembelian peranti keluaran mereka.

Dan akhir sekali, kini SKMM telah membuka kembali akses kepada laman Medium.com, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan untuk mengaksesnya kembali.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd