Cari @ Amanz

Xiaomi minggu ini telah mengadakan sebuah acara khas yang memperlihatkan pelancaran terbaru mereka, termasuk antaranya adalah beberapa variasi Mi8 dan juga Mi Band 3.

Selain Xiaomi, pihak HMD Global turut memperkenalkan tiga telefon pintar baru dengan sokongan kemaskini Android pantas – iaitu Nokia 2.1, Nokia 3.1, dan juga Nokia 5.1

Di Malaysia, Asus telah melancarkan Asus Zenfone Max Pro M1 yang hadir dengan antaramuka Android asli, selain telefon pintar Zenfone 5. Oppo turut tidak ketinggalan, dan telah mula menawarkan Oppo F7 Edisi Neelofa untuk pengguna tempatan.

Minggu ini turut menyaksikan kerajaan mengubah GST kepada kadar sifar, sekaligus membuatkan harga sejumlah peranti menjadi sedikit murah berbanding sebelumnya.

Akhir sekali, Uber Eats telah pun berhenti beroperasi di Malaysia, dan pengguna diminta beralih ke Grab Food.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd