Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan acara tahunan WWDC diadakan oleh Apple, sekaligus memperlihatkan perkongsian Apple berkaitan sistem operasi mereka, termasuk untuk iOS 12 dan juga macOS 10.14 yang bakal menyusul pada September kelak.

Selain daripada itu, acara tahunan Computex turut telah diadakan di Taiwan yang menyaksikan sejumlah peranti baru dilancarkan, termasuk perkongsian cip pemprosesan terbaru Intel, selain beberapa komputer riba baru.

Asus turut tidak ketinggalan, dan telah melancarkan sejumlah produk baru, termasuk Asus ROG Phone – iaitu sebuah telefon pintar memfokuskan kepada permua. Selain Asus, Honor turut hadir dengan penawaran mereka memfokuskan permua, dinamakan Honor Play.

Di Malaysia, beberapa dompet digital telah pun diaktifkan. Antaranya termasuk Touch n Go yang telah mula menguji penggunaan dompet digital mereka untuk tujuan transit, selain GrabPay yang telah mengaktifkan penggunaan dompet digital mereka dikalangan pengguna tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd