Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan Oppo mencuri perhatian dengan pengenalan telefon pintar Oppo Find X yang mana membawakan rekaan kamera yang boleh disembunyikan. Bersama-sama dengannya, Oppo turut mengumumkan kerjasama dengan Lamborghini dan hadir dengan sebuah telefon pintar edisi khas.

Di Malaysia, kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif, termasuk salah satunya adalah mengurangkan harga jalur-lebar sehingga 25% – sekaligus menjadikan ia lebih mampu-milik berbanding pada hari ini.

Instagram pada minggu ini telah mengumumkan IGTV, iaitu hab kandungan berbentuk video menegak yang berdurasi sehingga sejam lamanya.

Dan akhir sekali, PUBG kini telah mengumumkan peta ketiga permainan mereka, iaitu Sanhok, sekaligus membawa kaedah permainan Mini Royale bersama-sama peta baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd