Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan Huawei Malaysia melancarkan telefon pintar terbaru dibawah siri Nova, iaitu Huawei Nova 3 dan juga Huawei Nova 3i. Kedua-duanya hadir dengan fokus terhadap sokongan swafoto dan hadir dengan dwi-kamera hadapan.

Selain Huawei, pihak Honor turut tidak ketinggalan dan telah menawarkan Honor 7C untuk pasaran tempatan.

Dengan pengenalan pelbagai telefon pintar terbaru, Asus turut tidak ketinggalan dan telah menyenaraikan Asus Zenfone 5z untuk pasaran tempatan pada harga RM1899.

Xiaomi juga turut telah mengumumkan penawaran Redmi 6 untuk pasaran Malaysia, dan akan mula dijual tidak lama lagi pada harga bermula RM349.

Dalam arena teknologi, Corning telah mengumumkan penawaran Gorilla Glass 6 untuk telefon pintar, selain Gorilla Glass DX untuk jam tangan pintar.

Dan akhir sekali, Telekom Malaysia telah mulakan pradaftar untuk Unifi Basic 30Mbps yang hadir dengan 60GB data, dan ditawarkan pada harga langganan RM79 sebulan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd