Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan Xiaomi menawarkan dua telefon pintar baru untuk pasaran tempatan, iaitu Xiaomi Mi A2 dan juga Mi A2 Lite. Kedua-duanya hadir dengan sistem operasi berasaskan Android One, dan ditawarkan pada harga bermula RM699 di Malaysia.

Selain Xiaomi, untuk pasaran global, BlackBerry telah hadir dengan dua lagi telefon pintar menggunakan rekaan skrin penuh, dinamakan Blackberry Evolve. Oppo turut tidak ketinggalan dan telah hadir dengan imej acah yang mana

Di Malaysia, sebuah telefon satelit telah dilancarkan, dinamakan Magic Xplore X7. Harga jualannya masih tidak diketahui, tetapi dijangka akan dijual bermula Oktober kelak.

Huawei pada minggu ini mengatasi Apple dari segi angka pengeluaran peranti, sekaligus menduduki tangga kedua hanya dibelakang Samsung. Sementara Apple turut tidak mengalah dan syarikat mereka dilihat yang pertama mencapai nilai syarikat $1 Trilion.

WhatsApp pada minggu ini telah memperkenalkan sokongan panggilan video berkumpulan, sekaligus membolehkan anda bersembang dengan sehingga 4 orang rakan pada sesuatu masa.

Telekom Malaysia kini dilihat telah mengubah polisi, dan memerlukan pengguna memberikan notis 30 hari sebelum membatalkan perkhidmatan mereka. Digi pula kini menawarkan akses internet secara percuma pada tengah-malam bersempena dengan bulan Kemerdekaan.

Dan akhir sekali, kini YouTube turut hadir dengan sebuah ciri baru seumpama Instagram, iaitu YouTube Stories.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd