-
3 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Router WiFi 6, Dan Ini Jawapannya!Feb 24, 2021
-
Siri OPPO Reno5 5G – Bukan Sekadar Kamera, Spesifikasinya Juga MantapFeb 23, 2021
-
Detik Epik Setiap Hari Bersama Siri Samsung Galaxy S21 5G!Jan 19, 2021
-
Mingguan Amanz – U-Turn Huawei, Xiaomi Mi CC9, Samsung Galaxy Note 10July 7, 2019
-
Proton X50 – Ujian Pemanduan Dan Teknologi SwapanduOkt 5, 2020
-
Apa Itu Google Stadia?Mac 20, 2019
-
OnePlus 7 Pro – Telefon Mercu Sebenar Daripada OnePlusMei 16, 2019
Mingguan Amanz – Samsung Galaxy Note 9, Android 9.0 Pie, Xiaomi Mi8 Malaysia
-
-
Minggu ini menyaksikan Samsung akhirnya memperkenalkan peranti mercu kedua untuk 2018, iaitu Samsung Galaxy Note 9. Ia hadir dengan penambah-baikkan spesifikasi, saiz dan bateri lebih besar, dan sokongan S-Pen yang terus ditambah-baik.
Bersama-sama dengannya, Samsung turut melancarkan jam tangan pintar Galaxy Watch, selain sebuah speaker pintar dinamakan Galaxy Home.
Google pula pada minggu ini telah melancarkan Android 9.0 Pie secara rasminya, dan telah mula menawarkan kemaskini berkenaan bermula daripada peranti Pixel dan Essential Phone.
Di Malaysia, salah satu peranti baru yang telah mula ditawarkan adalah Xiaomi Mi 8, yang mana hadir dengan cip Snapdragon 845 dan ditawarkan pada harga RM1599. Sony juga turut telah mula menawarkan Xperia XZ2 Premium, selain Apple yang telah mula menjual komputer riba Macbook Pro terbaru mereka.
Honor turut tidak ketinggalan dan telah melancarkan Honor Play di Malaysia dengan fokus untuk permainan video.
Dan akhir sekali, Touch ‘n Go telah mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan penawaran SmartTAG kepada umum dalam usaha untuk beralih kepada kaedah pembayaran berasaskan RFID tidak lama lagi.