Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan Samsung Galaxy Note 9 dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Dua variasi ditawarkan, iaitu versi 128GB pada harga RM3699, selain versi 512GB pada harga RM4599.

Selain Samsung, Oppo turut tidak ketinggalan dan telah melancarkan Oppo F9 di Malaysia pada harga RM1399. HTC turut telah melancarkan HTC U12+ untuk pasaran tempatan, dimana pra-tempahan boleh dilakukan pada harga RM3499 di Malaysia.

Dalam arena perbankan tempatan, Maybank kini telah memperkenalkan antaramuka baru untuk semua pengguna seluruh dunia.

Telekom Malaysia pula dilihat telah mula menawarkan naik-taraf Unifi Turbo untuk pengguna di beberapa kawasan utama, menawarkan kelajuan akses internet sehingga 800Mbps.

Dan akhir sekali, ia dilihat Vaio telah kembali semula ke pasaran Malaysia, dan menawarkan dua variasi komputer riba untuk pengguna tempatan pada harga melangkaui RM6k.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd