-
Samsung Galaxy Buds – Fon Telinga Nirwayar Terbaru Daripada SamsungFeb 21, 2019
-
Vivo Iqoo Dijangka Hadir Dengan Snapdragon 855 Dan 12GB RAMFeb 20, 2019
-
Bagaimana Membuang Iklan Pada Peranti Xiaomi?Feb 19, 2019
-
Mingguan Amanz – Galaxy Note FE, Harga iPhone 8 Malaysia, Kedai Xiaomi KLCCOkt 15, 2017
-
MWC 2013 – Cip Intel, Tizen OS, Peranti Konsep Dari NECFeb 27, 2013
-
Sekitar Pengumuman EA Bersempena E3 2018June 10, 2018
-
Apple Nyah-Aktifkan Sokongan Panggilan FaceTime BerkumpulanJan 30, 2019
Mingguan Amanz – Xiaomi Poco F1, NVIDIA GeForce RTX, Maxis 30Mbps RM89
-
-
Minggu ini menyaksikan Xiaomi memperkenalkan sub-jenama terbaru mereka dinamakan Poco, dan peranti pertama dibawahnya telah diperkenalkan sebagai Poco F1. Ia hadir dengan spesifikasi tinggi, tetapi ditawarkan pada harga sangat kompetitif.
Selain Xiaomi, Oppo turut telah hadir dengan Oppo R17 Pro yang menyertakan pengimbas cap jari pada skrin, pengecasan pantas dan sejumlah ciri-ciri menarik lain.
Dalam arena perkakasan, NVIDIA telah memperkenalkan GeForce RTX yang menawarkan sokongan grafik lebih baik berbanding GTX 1080 Ti sebelum ini.
DJI turut tidak ketinggalan dan telah memperkenalkan dua dron baru dibawah DJI Mavic 2, iaitu DJI Mavic 2 Pro dan DJI Mavic 2 Zoom.
Dalam arena telekomunikasi, Maxis kini mengumumkan penawaran pakej jalur-lebar berkelajuan tinggi bermula 30Mbps pada harga RM89, selain 100Mbps pada harga RM129. maxis turut menjanjikan penawaran pakej sehingga 800Mbps tidak lama lagi.
iFlix kini telah mengumumkan penawaran iFlix News yang menyediakan sebuah hab berita 24 jam bagi memudahkan anda mengikuti pelbagai berita dengan mudah.
Dan akhir sekali, Touch n Go kini telah menambah sokongan memautkan kad fizikal TnG ke aplikasi, dan melihat baki kad terus melaluinya