Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan sejumlah produk baru dilancarkan bersempena dengan acara IFA 2018 – termasuk daripada Lenovo, Acer dan juga Asus.

Selain komputer riba, pihak Sony juga turut menghadirkan diri ke IFA 2018 dan memperkenalkan Xperia XZ3 – iaitu telefon pintar mercu terbaru mereka yang hadir dengan penawaran skrin lebih cantik.

Apple turut telah menjadualkan tarikh 12 September untuk memperkenalkan telefon pintar iPhone terbaru mereka.

Di Malaysia, Xiaomi telah melancarkan dan menjual Pocophone F1 yang hadir dengan cip Snapdragon 845 pada harga RM1237.

Telekom Malaysia kini turut telah membuka pendaftaran Unifi Basic kepada semua pengguna dan tidak lagi terhad untuk mereka yang berpendapatan bawah RM4500 sahaja seperti sebelum ini.

Dan akhir sekali, SST telah mula aktif pada 1 September 2018 yang turut menyaksikan tambah-nilai prabayar turut tertakluk dengan potongan berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd