Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan Apple memperkenalkan tiga telefon pintar baru, iaitu iPhone XS, iPhone XS Max dan juga iPhone XR. Kita mungkin melihat ia memasuki pasaran Malaysia sekitar Oktober atau November kelak.

Selain iPhone, Apple juga telah melancarkan Apple Watch Series 4 yang hadir dengan beberapa ciri baru, termasuk rekaan skrin lebih besar, dan butang kawalan dilengkapi tindak-balas haptik.

Qualcomm pada minggu ini telah mengumumkan Snapdragon Wear 3100 yang memfokuskan kepada penawaran bateri yang lebih lama pada jam tangan pintar.

Minggu ini juga, Google turut mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan aplikasi Inbox menjelang Mac 2019 kelak.

Dan akhir sekali, di Malaysia, Telekom Malaysia mencuri perhatian kembali apabila didapati memaparkan iklan pada web-web yang tidak dapat diakses menggunakan talian mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd