-
AMA : Gajet Apa Paling Tak Suka Tahun 2020?Jan 15, 2021
-
Apakah Permainan Video Menarik Pada 2020?Jan 14, 2021
-
PlayStation 5 – Apa Yang Tak Menarik?Jan 6, 2021
-
Mingguan Amanz – Acer Jade Primo, TM Unifi Advance, Office 2016 MalaysiaOkt 17, 2015
-
Google Pixel 2 – Menarik Atau Tidak?Dis 29, 2017
-
Mingguan Amanz – Xperia Z5, Huawei Mate S, Street View SabahNov 1, 2015
-
Ulasan : Vivo V7Dis 13, 2017
Mingguan Amanz – Apple iOS 12, Xiaomi Mi Max 3, GoPro Hero 7
-
-
Minggu ini menyaksikan Alibaba mengumumkan sejumlah perkara baru dalam arena kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin, selain turut memperkenalkan sebuah cip pemprosesan khusus memfokuskan arena berkenaan. Alibaba juga turut mengumumkan yang mana mereka ingin membangunkan perkomputeran kuantum.
Apple pada minggu ini turut telah menawarkan iOS 12 untuk semua pengguna iPhone dan iOS, sekaligus menawarkan prestasi yang lebih lancar berbanding kebiasaan.
Xiaomi melalui syarikat ekosistem mereka turut telah memperkenalkan Amazfit Verge yang menawarkan jam tangan pintar dengan masa bertahan bateri hampir seminggu.
Di Malaysia, Xiaomi telah mengumumkan penawaran Mi Max 3 dan juga Mi Band 3. Kedua-duanya akan dijual bermula 27 September 2018 ini.
GoPro pada minggu ini telah pun mengumumkan GoPro Hero 7 yang hadir dengan sokongan baru yang menyertakan kebolehan penstriman langsung, selain ciri rakaman video yang lebih stabil.
Bercakap mengenai kamera, Canon dan Nikon masing-masing telah membawa masuk kamera nircermin baru mereka, iaitu Canon EOS R dan juga Nikon Z7.
Dalam arena aplikasi, Instagram kini membolehkan pengguna tag rakan-rakan pada video, selain Spotify yang menawarkan kemudahan untuk memuat-turun lagu sehingga 10,000 lagu untuk penggunaan luar-talian.
Dan akhir sekali, Sony kini mengumumkan PlayStation Classic yang hadir dengan 20 permainan popular lama bersama-sama dengannya.