Mingguan Amanz – Microsoft Office 2019, macOS Mojave, Streamyx Ke Unifi

Diterbitkan pada Sep 30, 2018 oleh .

Minggu ini menyaksikan Microsoft memperkenalkan sejumlah ciri baru pada aplikasi mereka, termasuk perisian Microsoft Office 2019 untuk Windows dan Mac, selain sokongan kaburkan latar belakang ketika membuat panggilan video melalui Microsoft Teams.

Apple turut tidak ketinggalan, dan telah memperkenalkan sistem operasi macOS Mojave kepada semua pengguna komputer keluaran Apple. Google pada minggu ini turut mengumumkan sejumlah kemaskini untuk produk mereka, termasuk salah satunya adalah kebolehan untuk membuat perancangan keluar makan terus pada Google Maps.

Beberapa peranti baru turut telah dilancarkan di Malaysia pada minggu ini, termasuk Xiaomi Mi Max 3, Mi Band 3, dan juga Pocophone F1 Kevlar Edition. Selain Xiaomi, Nokia di Malaysia turut telah memperkenalkan beberapa peranti baru untuk pasaran tempatan, termasuk salah satunya adalah Nokia 6.1 Plus.

Samsung pada minggu ini telah memperkenalkan beberapa peranti baru dibawah siri Galaxy J. Telekom Malaysia minggu ini turut telah memperkenalkan sebuah laman khusus untuk pengguna Streamyx, membolehkan pengguna Streamyx untuk menyemak sama ada mereka boleh menerima naik-taraf ke Unifi atau tidak.

Dan akhir sekali, Oppo dikatakan bakal hadir dengan Oppo Find X bersama 10GB RAM tidak lama lagi.

komen

© Amanz / 2021 Kami