Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan Google melancarkan siri telefon pintar baru, iaitu Google Pixel 3 dan juga Pixel 3 XL. Kedua-duanya hadir dengan sistem operasi Android terbaru, dan dilengkapi ciri-ciri pintar menarik tersendiri, termasuk pada bahagian kamera, ketika menjawab panggilan dan sebagainya. Selain telefon pintar, Google turut memperkenalkan komputer dua-dalam-satu berasaskan Chrome OS dinamakan Pixel Slate.

Razer turut telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Razer Phone 2, yang mana hadir dengan spesifikasi terkini, skrin dengan kadar segar semula 120Hz, dan sokongan kalis air.

Samsung pada minggu ini turut telah memperkenalkan telefon pintar baru dibawah siri Galaxy A, iaitu Galaxy A7 dengan sokongan tri-kamera, selain Galaxy A9 dengan sokongan catur-kamera. Di Malaysia, Honor turut telah melancarkan Honor 8X dan juga Honor Band 3, sekaligus membolehkan pengguna tempatan mendapatkan kedua-dua peranti ini pada harga yang sangat kompetitif.

Beberapa telefon pintar lain yang turut telah dilancarkan minggu ini adalah Oppo K1 dengan pengimbas cap jari terbina pada skrin, selain nokia 3.1 yang menawarkan spesifikasi asas dengan ketahanan bateri lama. Oppo turut telah mengumumkan yang mana mereka akan memasarkan Realme di pasaran Asia Tenggara tidak lama lagi.

Kerajaan turut telah mengumumkan yang mana rangkaian 5G akan diuji di Putrajaya dan Cyberjaya bermula November ini, dan diuji untuk sekitar setahun sebelum langkah seterusnya diambil.

Pada masa yang sama, kerajaan juga mengumumkan mereka sedang melihat untuk membangunkan ID digital kebangsaan bagi memudahkan beberapa transaksi.

Dan akhir sekali, permua Fortnite kini telah mula ditawarkan untuk semua pengguna peranti Android dalam bentuk beta – sekaligus membolehkan ramai mencuba permua berbentuk Battle Royale ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd